Diary

Sesi Bengkel Produktiviti: Step by Step Daftar Produk Tradisional telah diadakan bersama syarikat MH Saujana dan Nusantara Gamat. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada syarikat mengenai proses pendaftaran produk tradisional secara lebih sistematik serta selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Hasil bengkel menunjukkan usahawan berjaya memahami langkah-langkah penting dalam proses pendaftaran, termasuk penyediaan dokumen sokongan dan standard keselamatan produk. Usahawan turut berkongsi cabaran yang dihadapi, dan melalui sesi interaktif, beberapa penyelesaian praktikal telah dikenal pasti. Pendedahan ini memberi keyakinan untuk mempercepatkan proses kelulusan produk di pasaran. Sebagai way forward, PPN akan membantu syarikat MH Saujana melalui projek perintis (pilot project) untuk menangani isu pendaftaran produk dalam sistem NPRA. Produk tersebut sebelum ini gagal didaftarkan kerana masalah bahan mentah (raw material). Dengan sokongan teknikal dan pemantauan khusus, inisiatif ini diharap dapat mengatasi halangan tersebut serta meningkatkan produktiviti dan peluang pasaran syarikat.

The A.I. for Productivity Transformation program, in collaboration with PointStar and Google Cloud, has successfully enabled 15 companies to develop proof of concepts (POCs) by adopting AI-powered tools to automate processes, optimize workflows, and boost operational efficiency. To date, MPC has guided more than 150 companies in adopting AI through Gemini and AppSheet, resulting in leaner operations and measurable productivity gains. This milestone reflects the transformative role of AI in accelerating digitalization and strengthening the competitiveness of Malaysian enterprises in the digital economy. #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

MEPN successfully conducted the Industry Productivity Specialist (IPS) Masterclass: Driving Growth, Profitability & Productivity brought together selected Nexus experts to be developed as Industry Productivity Specialists (IPS) in Cohort-2, aimed at strengthening and up-scaling the PINTAR programme. Participants underwent thorough training on data-driven productivity analysis covering four key areas – growth, profitability, productivity, and returns – complemented with hands-on exercises using the PINTAR tool. Through this initiative, IPS are expected to support industry in identifying opportunities, addressing root causes of low productivity, and driving long-term business competitiveness in line with the New Industrial Master Plan (NIMP 2030) and the 13th Malaysia Plan (RMK-13).

Program ini telah memfokuskan kepada penggunaan chatbot pintar dalam operasi syarikat, khususnya bagi perkhidmatan pelanggan (Customer Services). Seramai 30 peserta telah menyertai sesi ini dari pelbagai bidang pembuatan dan perkhidmatan. Antara syarikat yang terlibat ialah Zaqra Engineering Sdn. Bhd., sebuah syarikat kejuruteraan yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal kepada sektor industri, yang berdepan cabaran menerima pertanyaan pelanggan melalui pelbagai saluran komunikasi seperti WhatsApp, Instagram, dan Facebook. Melalui sesi ini, syarikat dapat memperkemas pengurusan interaksi pelanggan dan mengumpulkan maklumat pelanggan dengan lebih sistematik, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan. Impak daripada program ini dapat dilihat melalui penjimatan kos tenaga kerja, pengurangan masa respons, serta penciptaan nilai tambahan dalam operasi. Dianggarkan syarikat-syarikat yang menyertai berupaya menjimatkan sekitar RM120,000 setahun hasil daripada pengurangan kebergantungan kepada kerja manual, peningkatan kecekapan operasi, dan keberkesanan dalam pengurusan data pelanggan. Kejayaan ini membuktikan bahawa penerapan teknologi AI bukan sahaja memperbaiki proses sedia ada malah mendorong pertumbuhan daya saing dan peningkatan produktiviti.

Malaysia Productivity Corporation (MPC) through Logistics Productivity Nexus (LPN), held its third Nexus Governing Committee (NGC) meeting hosted by MPC Kuala Lumpur and chaired by YBhg. Dato' Seri (Dr.) Michael Tio, Champion of LPN. The session brought together key committee members including representatives from the public and private sectors, industry associations and academia to discuss strategic initiatives, updates on current and upcoming logistics projects that aimed at enhancing productivity in the logistics sector. A total of three presentations and discussions were conducted covering the following topics: * “Railway Optimization Initiative” by Karl Gooderis, Chief Executive Officer, EUROCHAM Malaysia * “MRI3 in Logistics: Malaysia Logistics Consortium (MLC)” by YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh, Deputy Director (Industry Network), Universiti Malaysia * “Green Initiatives for Malaysia Logistics Ecosystem” by Mohd Yazid Abdul Majid, MPC Moving forward, LPN remains committed to prioritizing the successful execution of these initiatives, reaffirming its dedication to accelerating productivity growth in the logistics industry.

Tarikh: 26 September 2025 Masa: 3.00 petang Tempat: MYDIN USJ Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, dengan fokus kepada penerokaan kerjasama strategik antara RFBPN dan MYDIN. Sesi ini menekankan usaha memperkasa usahawan peruncitan melalui penerapan teknologi digital, selaras dengan objektif meningkatkan produktiviti serta daya saing industri. Antara inisiatif utama yang dibincangkan adalah Program AI Produktiviti yang berfungsi sebagai platform untuk membantu subsektor peruncitan beralih kepada operasi pintar dengan memanfaatkan teknologi AI dalam meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan sumber. Sebagai langkah susulan, RFBPN dan MYDIN telah bersetuju untuk memberi tumpuan khas kepada tiga bahagian pengurusan utama MYDIN dalam pelaksanaan inisiatif AI. Pendekatan ini akan memastikan integrasi teknologi dapat dijalankan secara menyeluruh, diurus dengan lebih sistematik, serta dipantau secara berterusan. Melalui fokus yang lebih terarah ini, transformasi operasi dijangka dapat dipercepatkan, pengurusan sumber diperkasakan, dan impak produktiviti yang ketara dapat dicapai oleh organisasi.

Program Advokasi Berskala Besar & Pelarasan Pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Peringkat Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada 25 September 2025. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman kakitangan perkhidmatan awam negeri terhadap agenda kerajaan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program RKB seterusnya memperluas pelaksanaannya di negeri Kelantan. Program kolaborasi strategik antara MPC dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini telah menghimpunkan seramai 100 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Pihak Berkuasa Tempatan, serta bahagian-bahagian di Pejabat SUK. Penyertaan yang menyeluruh ini membuktikan komitmen bersama untuk melaksanakan RKB secara lebih sistematik dan inklusif. Dalam ucapan amanat YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan, Dato’ Ab Pattah Hasbullah yang juga merangkap Ketua Pegawai Reformasi (CRO) negeri, beliau menyambut baik pelaksanaan program RKB dan menekankan peri pentingnya usaha bersepadu untuk mempercepat reformasi pentadbiran dan meningkatkan daya saing negeri. Seterusnya, pihak MPC telah menyampaikan taklimat berfokus kepada Pelaksanaan RKB Bagi Memacu Pertumbuhan Produktiviti serta Aplikasi Generative AI dalam Projek RKB, sebagai langkah memperkasa penggunaan teknologi baharu dalam pengurusan perubahan. Sebagai output program ini, beberapa cadangan projek baharu RKB telah berjaya dirangka dengan bantuan teknologi AI. Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan pemahaman peserta terhadap konsep pelaksanaan RKB, tetapi juga meningkatkan kompetensi mereka dalam mengaplikasikan AI untuk mempercepatkan proses inovasi pentadbiran. Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan komitmennya untuk memperluas pelaksanaan RKB ke seluruh jabatan dan agensi negeri. Usaha ini diharap dapat menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan, memudahkan urusan perniagaan dan rakyat, serta menyokong agenda memacu pertumbuhan produktiviti negeri secara mampan.

MEPN, through Working Group 4, successfully held the third session of the Risk to Resilience Workshop Series in Kuala Lumpur, in collaboration with the Machinery & Engineering Industries Federation (MEIF). The full-day programme brought together SMEs from the M&E sector to explore practical approaches in building resilience and productivity, with a focus on risk and business continuity planning, sustainability-driven financing, and digital transformation through ERP, MES, and PLM. Participants will continue to receive six weeks of post-workshop support, including preferential access to the THINK: M+E Programme and practical tools such as the Risk & Resilience Canvas and industry playbooks—reinforcing MEPN’s commitment to enhancing productivity and strengthening the sector’s long-term competitiveness.

Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan untuk menilai kemajuan pelaksanaan pelan bagi setiap jawatankuasa kecil. Pelan hala tuju ini berobjektif untuk memperkukuh ekosistem robotik negara melalui pemerkasaan teknologi, pembangunan bakat tempatan, serta kerjasama strategik dalam meningkatkan produktiviti negara. Pihak MPC terlibat di dalam Jawatankuasa Kecil Ekosistem & Tadbir Urus bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan untuk memastikan hala tuju pelaksanaan NRR kekal relevan dan berimpak tinggi. Hasil perbincangan ini telah menyumbang kepada rumusan strategi baharu yang lebih mantap.

Bengkel produktif dengan penyertaan seramai 30 orang pegawai NPRA yang terdiri daripada pelbagai seksyen pendaftaran seperti Generik, NCE, Biologik, GMP dan sebagainya diberikan pendedahan mengenai potensi penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan kawal selia di bawah NPRA yang menyokong proses penilaian tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kualiti, dan pematuhan piawaian antarabangsa. Sesi perbincangan antara pegawai juga membuka ruang untuk mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilakukan sepanjang proses penilaian pendaftaran, bagi memendekkan masa kelulusan produk farmaseutikal ke pasaran, serta meningkatkan ketepatan dan konsistensi dalam proses penilaian. Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mengenal pasti cabaran dalam implementasi AI dan merangka strategi bagi memperkukuh ekosistem penilaian produk farmaseutikal yang lebih efisien. PPN akan mengadakan bengkel susulan bagi melihat proof of concept (PoC) yang dilaksanakan dan impak pelaksanaan projek bagi proses penilaian pendaftaran produk farmaseutikal.

AFPN | Bengkel Reformasi Karenah Birokrasi Menaiktaraf Ladang & Pembinaan Ladang Moden Ternakan Ayam
Bengkel siri ini menghimpunkan kerajaan negeri, agensi teknikal, PBT dan industri bagi mengenal pasti kekangan serta merumuskan cadangan penambahbaikan prosedur kelulusan pembinaan ladang moden tertutup. Bagi permohonan ladang baharu, bengkel mencadangkan garis panduan seragam di semua PBT yang memudahkan proses OSC, mengurangkan agensi teknikal terlibat, cadangan pengurangan kos perunding dan mempercepatkan kelulusan. Pendekatan ini dapat menurunkan tempoh kelulusan daripada maksima 99 hari kepada maksima 60 hari, di samping memastikan kepatuhan kepada aspek teknikal dan piawaian biosekuriti. Bagi ladang sedia ada, bengkel menekankan keperluan pemutihan melalui pelaksanaan prosedur khas yang lebih ringkas dan kos pematuhan yang munasabah. Cadangan termasuk penggunaan permit bangunan sementara, semakan semula kadar fi, dan dokumen teknikal minimum bagi memudahkan pengusaha menaiktaraf dari ladang terbuka kepada sistem tertutup moden. Langkah susulan yang dipersetujui termasuk penyediaan garis panduan/SOP khusus permohonan ladang moden tertutup, serta penyediaan kertas dasar untuk dibentangkan kepada EXCO Pertanian dan Kerajaan Tempatan sebelum dikemukakan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dengan langkah ini, diharap Kedah dapat menjadi negeri amalan terbaik dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembinaan ladang ayam moden, seterusnya menjamin produktiviti pengeluaran dan keterjaminan makanan negara.

This hands-on workshop helps businesses analyse productivity bottlenecks, strengthen leadership and teamwork, redesign workflows for quality, and leverage AI-powered tools to execute and sustain improvements. Participants then deepened the People and Process pillar where personalities of the participants were assessed to improve collaboration for project execution, and applying a practical framework to set clear goals, redesign workflows, and add accountability with checklists and quality controls. The Technology session translated process improvements into actionable digital workflows, introduced tools to track progress and productivity. #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

Malaysia Productivity Corporation (MPC) through Logistics Productivity Nexus organized a following cross border program “Engagement Session of Process Mapping and Streamlining Cross-Border Connectivity of Sabah-Sarawak-Brunei Transportation Efficiency.” The session brought together over 20 representatives from government agency and industry players. The engagement is to document and visualize the current cross-border procedures between Sabah, Sarawak, and Brunei while identifying operational congestion and regulatory inconsistencies. It is too aims to outline a roadmap for harmonized documentation and digital integration, establish clear responsibilities through cross-agency collaboration and strengthen institutional coordination in line with ASEAN and BIMP-EAGA standards. The engagement focus is to align the cross-border process map by addressing its bottlenecks with targeted fixes, adopt a phased digital roadmap with RMCD’s e-Movement and create a practical ASEAN-aligned guidebook. In the meantime, agencies will strengthen capacity building among industry while accelerating trade facilitation by expanding ACTS for smoother and faster cross-border activities. LPN in partnership with multiple agencies remains committed to prioritizing the successful execution of the initiatives, reaffirming its dedication to accelerating productivity growth in East Malaysia through the logistics industry.

Program dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Gan Tack Kong, Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), dengan kehadiran lebih 50 wakil syarikat ahli. Inisiatif mempromosi AKI menyokong aspirasi FMM melahirkan 100 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bersedia ke pasaran modal menjelang 2030, selaras dengan komposisi ahli FMM yang kira-kira 75% terdiri daripada PKS. AKI bukan sekadar anugerah, malah berfungsi sebagai batu loncatan untuk penanda aras prestasi, pembinaan kredibiliti dan peningkatan kebolehpasaran produk. Penerangan ringkas mengenai Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) oleh Pengarah MPC, Puan Saliza Saari, memberi panduan praktikal untuk memperkukuh pengurusan dan menjadi rujukan penting kepada syarikat yang ingin bersaing dalam AKI 2026. Selain itu, taklimat ESG disampaikan oleh Puan Nur Adani Mohd Hasran, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Industry Environmental, Social and Governance (MITI). Dr. Mohd Razip Abdullah, Jurutera SIRIM, pula membentangkan Industry4WRD. Sesi klinik turut menampilkan perkongsian amalan terbaik oleh pemenang AKI 2024—CTRM Aero Composites Sdn Bhd dan Fire Fighter Industry Sdn Bhd—sebagai rujukan persediaan dan perjalanan penyertaan menuju AKI 2026.

MEPN recently held a Strategic Workshop on System Integration Productivity Specialist & QE 5.0 with the objective of strengthening collaboration and achieving greater alignment between the two initiatives. During the session, both teams held in-depth discussions to streamline approaches, identify overlapping areas of focus, and explore complementary aspects that could reinforce the impact of each programme. The exchange of perspectives underscored the importance of maintaining a structured pathway that capitalises on the strengths of both initiatives while ensuring their respective goals remain distinct and achievable. The workshop concluded with an agreement for both programmes to proceed in parallel, enabling them to advance effectively while staying strategically aligned.

Sesi bimbingan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan telah diadakan bagi menilai kemajuan serta keberkesanan pelaksanaan projek. Perbincangan memberi tumpuan kepada analisis proses untuk mengenalpasti prestasi semasa bagi dua projek utama iaitu: 1. Mengurangkan Kos Pematuhan Proses Pindahmilik Tanah Bagi Individu Bukan Melayu & Individu Bukan Kelahiran Negeri Kelantan. 2. Mempercepat Proses Pindahmilik Tanah Antara Keluarga Terdekat Bagi Individu Bukan Melayu & Individu Bukan Kelahiran Negeri Kelantan. Pada sesi kali ini, analisis dibuat melalui pemetaan proses untuk mengenalpasti prestasi semasa bagi setiap projek. Sesi susulan akan menekankan kepada pengenalpastian isu dan permasalahan yang dihadapi, serta perbincangan mengenai cadangan penyelesaian yang lebih berkesan. Proses bimbingan dan perbincangan ini turut disokong dengan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu dalam menganalisa data, menjana idea, penyediaan dokumen, dan pembangunan borang yang relevan. Pendekatan ini dijangka dapat mempercepat proses reformasi serta meningkatkan kualiti hasil kerja. Secara keseluruhannya, Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) merupakan inisiatif untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran melalui semakan semula peraturan sedia ada. Usaha ini diharap dapat memperkukuh mutu perkhidmatan awam, sekaligus melonjakkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

The A.I. for Productivity Transformation programme run in partnership with the education and professional services sectors equipped education businesses and women entrepreneurs with digital and AI-driven tools to strengthen branding, streamline workflows, and improve communication. By positioning digitalisation and AI adoption as enablers of higher productivity, MPC reinforced its role as a guide and advisor, supporting participating businesses to measure, track, and continuously enhance their productivity for greater competitiveness and sustainable growth. A total of 10 improvement or proof-of-concept (POC) projects have been submitted using appropriate AI technologies. To ensure company-level success and measurable productivity gains, DPN will conduct ongoing monitoring in line with the programme’s objectives. #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

Tarikh: 22 September 2025, Isnin Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang Tempat: MPC Kuala Lumpur Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) dengan kerjasama PENIAGAWATI telah menganjurkan Program AI Produktiviti yang memberi tumpuan khusus kepada subsektor Peruncitan dan Makanan & Minuman (F&B). Melalui sesi pembelajaran interaktif, peserta – terdiri daripada usahawan dan peniaga kecil – diberi pendedahan praktikal tentang penggunaan teknologi AI, termasuk penghasilan arahan (prompt), analisis data asas, pembangunan bahan pemasaran digital, serta aplikasi lain yang menyokong produktiviti dan daya saing perniagaan. Sebagai kesinambungan daripada sesi ini, sebanyak 25 projek penambahbaikan atau POC telah dicadangkan dengan menggunakan teknologi AI yang bersesuaian. Bagi memastikan kejayaan serta peningkatan produktiviti di peringkat syarikat dapat dicapai oleh usahawan terlibat, pemantauan berterusan akan dilaksanakan oleh RFBPN selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.

MEPN conducted an online briefing with Dunia Polymer Sdn. Bhd. as part of the ongoing Project Pintar initiatives. The session served to introduce the objectives and framework of Project Pintar, while engaging the company in discussions on potential productivity improvement strategies tailored to their operations. This engagement reflects MEPN’s commitment to fostering collaboration with industry players in driving productivity growth and operational excellence within the machinery and equipment (M&E) ecosystem

Terdapat dua projek RKB yang telah didaftarkan oleh JPAN Sabah. Projek pertama dilaksanakan oleh Bahagian Kerajaan Digital (BKD) dengan tajuk “Memperkasakan Kecekapan Permohonan dan Pembaharuan di Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Menumbok dan Banggi melalui Pendigitalan Sistem eLesen daripada 14 hari kepada 3 hari.” Projek ini bertujuan untuk mempercepatkan tempoh proses permohonan dan pembaharuan lesen melalui penggunaan sistem digital yang lebih cekap serta responsif. Projek kedua pula dikemukakan oleh Bahagian Saraan dan Pencen dengan tajuk “Meningkatkan Kecekapan Proses Kelulusan Permohonan Rawatan daripada Manual kepada Pendigitalan melalui Sistem eRawatan.” Inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha menambah baik proses kelulusan permohonan rawatan dengan menggantikan kaedah manual kepada sistem pendigitalan yang lebih teratur, cepat dan telus. Pelaksanaan kedua-dua projek ini jelas memperlihatkan komitmen JPAN Sabah dalam memodenkan sistem tadbir urus, meningkatkan keberkesanan proses kerja serta memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan awam melalui transformasi digital yang menyeluruh.. Sesi ini memberi penekanan kepada bimbingan teknikal dan kaedah penyediaan laporan projek RKB secara lengkap, merangkumi Fasa 1 hingga Fasa 5. Pegawai JPANS telah diberi panduan mengenai pemetaan proses semasa, pengenalpastian isu utama, penetapan objektif reformasi, dan penyediaan cadangan penyelesaian. Fokus khusus diberikan kepada komponen Kos Pematuhan, iaitu elemen penting dalam memastikan cadangan reformasi bukan sahaja praktikal tetapi juga realistik dari sudut implikasi kewangan, kemampanan, dan keberkesanan jangka panjang. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Sesi perbincangan berhubung pengukuhan organisasi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Rizan Abran, Timbalan Setiausaha PHEDNP. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memperkukuh serta menstruktur semula carta organisasi pejabat, di samping menilai dan memperhalusi visi, misi serta fungsi baharu yang lebih jelas, relevan dan selaras dengan keperluan semasa. Melalui sesi bengkel ini, satu carta organisasi yang lebih mantap akan dirangka, dengan hala tuju yang lebih terarah serta pembahagian peranan yang lebih tersusun. Pendekatan ini diyakini dapat menyokong pencapaian matlamat PHEDNP secara berkesan, bersepadu, dan mampan. Sebagai langkah susulan, sesi libat urus pengukuhan organisasi PHEDNP akan diadakan pada 17 hingga 19 Oktober 2025 bagi memperhalusi cadangan dan memastikan pelaksanaan penstrukturan organisasi berjalan dengan lancar.

Lawatan kerja oleh Tuan Liew Chin Tong, YBTM MITI ke Taman Perindustrian SOGIP (Sipitang Oil and Gas Industrial Park) adalah sebahagian daripada destinasi dalam siri lawatan beliau ke Sabah. Kehadiran beliau ke SOGIP adalah untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada SOGDC selaku pihak yang bertanggungjawab membangunkan fasiliti dan infrastruktur di SOGIP. Turut hadir ke sesi tersebut adalah semua agensi di bawah MITI di Sabah serta pihak-pihak yang berkaitan dengan projek penyediaan sambungan bekalan tenaga eletrik tambahan ke SOGIP. YBTM yang mempengerusikan sesi tersebut mengambil maklum dengan penerangan yang disampaikan oleh En. Yaakob bin Mahmood, Ketua Pengawai Operasi SOGDC dimana perkembangan projek tersebut berada pada landasan yang betul setelah beberapa isu kelewatan telah diatasi. YBTM mengingatkan SOGDC dan pihak-pihak yang berkaitan untuk meneliti keperluan tenaga di SOGIP secara menyeluruh, menerokai bidang ‘energy storage’ dan tenaga boleh guna semula. Selain itu, YBTM turut berkesempatan mengadakan lawatan dan perbincangan dengan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dan SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). #sabahproduktifsabahmajujaya

The Aerospace Productivity Nexus (AeroPN) successfully convened its Governing Committee (NGC) Meeting No. 2/2025, chaired by AeroPN Champion Mr. Naguib Mohd Nor. The session brought together key stakeholders from government agencies and industry players, including representatives from MIGHT, MATRADE, CAAM, SAT ASIA and AMRACE to review progress and discuss ongoing initiatives. The meeting highlighted AeroPN’s Strategic Framework, followed by progress updates current projects and futher projects AeroPN, supply chain excellence, and AeroPN equity and financing. The session concluded with renewed commitment to advancing productivity transformation and collaboration within the ecosystem, marking another important step in AeroPN’s journey to drive industry productivity and competitiveness.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Faridah Ilah Latip, Ketua Penolong Setiausaha, KPLBS. Tujuan utama sesi ini adalah untuk membimbing ahli projek RKB supaya projek yang sedang dijalankan dapat menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, sesi ini juga bertujuan memastikan kesemua projek diselaraskan agar lebih teratur, berfokus dan mempunyai impak yang jelas kepada rakyat/peniaga/orang awam. Melalui sesi ini, ahli projek berpeluang mendapatkan panduan dan input penting dalam memperbaiki dan memperkukuhkan maklumat pelaporan projek sebelum dibawa untuk penilaian di peringkat lebih tinggi. Projek yang lengkap dan menepati piawaian yang ditetapkan akan dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah bagi proses kelulusan. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Lee Tsun Min, Ketua Penolong Setiausaha (P), KKTP . Tujuan mesyuarat ini adalah untuk meneliti dan mengemas kini draf manual sedia ada. Langkah ini adalah sebahagian daripada persediaan penting sebelum bengkel pemuktamadan yang dijadualkan pada penghujung bulan September. Mesyuarat ini dihadiri oleh seramai 20 orang melibatkan wakil daripada KKTP, Majlis Perbandaran Tawau, Majlis Perbandaran Penampang, Majlis Daerah Keningau, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Wakil badan profesional dan industri seperti Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Cawangan Sabah, The Institution of Engineers Malaysia (IEM) Sabah Branch, dan Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA) turut hadir bersama ke mesyuarat ini bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai draf manual tersebut. Kehadiran ini mencerminkan komitmen padu antara kerajaan dan pemain industri dalam memastikan proses permohonan serta kelulusan permit pembinaan di Sabah dilaksanakan dengan lebih sistematik, inklusif, telus, dan berkesan. Fokus perbincangan adalah bagi menyelaras keperluan teknikal dan pentadbiran agar prosedur permohonan dapat dipermudahkan tanpa menjejaskan aspek pematuhan dan keselamatan. Antara isu utama yang dibangkitkan termasuk keperluan penyelarasan dokumen sokongan, tempoh masa kelulusan yang lebih jelas, serta pengukuhan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal dan pemain industri. Kesepakatan untuk menambah baik draf manual telah dicapai dengan mengambil kira pandangan semua pihak, seterusnya memberi landasan kukuh untuk proses pemuktamadan akhir sebelum manual tersebut diangkat sebagai rujukan rasmi. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Objektif bengkel ini adalah untuk memurnikan dan memuktamadkan draf Uniform (Hotels & Lodging Houses) By-Laws dan Garis Panduan Pengoperasian STA di Sabah bagi memastikan pelaksanaan yang seragam, berkesan dan selaras dengan keperluan industri pelancongan negeri. Bengkel ini menjadi platform perbincangan strategik melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan agensi teknikal berkaitan dalam membincangkan mengenai asas-asas perundangan terlibat, kawasan-kawasan dan jenis premis penginapan yang dibenarkan bagi pengoperasian STA di Sabah, dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan dan pembaharuan lesen, aspek keselamatan, aspek kesihatan & kebersihan awam, aspek sosial & keharmonian awam, caj kadar bayaran dan maklumat lain berkaitan pengoperasian STA. Sila tonton sorotan video dan gambar bagi persidangan ini melalui Akaun Tiktok MPC Sabah . #SabahProduktifSabahMajuJaya

Tarikh: 18 September 2025, Khamis Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat: MPC Kuala Lumpur Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) telah menganjurkan Program AI Produktiviti yang memberi tumpuan kepada subsektor Peruncitan dan Makanan & Minuman (F&B), dengan penglibatan aktif daripada Bumiputera Retailers Organization (BRO). Melalui sesi interaktif, peserta didedahkan kepada aplikasi AI dalam perniagaan dan bagaimana teknologi ini dapat menyokong peningkatan produktiviti serta daya saing syarikat. Sebagai langkah seterusnya, RFBPN bersama BrandGeeks akan melaksanakan projek penambahbaikan dan projek rintis (POC) bersama 15 syarikat terpilih, serta memantau keberkesanannya bagi memastikan impak berterusan terhadap produktiviti dan pertumbuhan perniagaan.

Through this collaboration, STIDC will gain practical tools and methodologies to enhance performance, drive innovation, and align with global best practices, supporting the timber industry’s transformation towards greater resilience and competitiveness. MPC reaffirmed its commitment to partner with industries and agencies in Sarawak to foster a culture of excellence, accelerate productivity growth, and create long-term socio-economic value. The program is set to commence in November 2025, marking the beginning of STIDC’s structured journey towards excellence and sustainable growth. #BusinessExcellence #DrivingProductivityoftheNation

MEPN held a discussion with the MPC Sarawak Regional Office on the upcoming Risk to Resilience Workshop Series to be held in October 2025. The session focused on seeking collaboration in promoting the series and engaging local industries to participate. The initiative will serve as a platform to strengthen business resilience and productivity among enterprises in Sarawak. Through this partnership, MEPN aim to reach a wider pool of industry players, ensuring that more businesses are equipped with the right knowledge, tools, and frameworks to anticipate risks and transform them into opportunities for sustainable productivity growth.

Date: 18 September 2025 Time: 9.30 AM Venue: MPC KL The Retail & F&B Productivity Nexus (RFBPN) successfully organised the AI Branding Essentials Program on 18 September 2025, with the participation of 25 retail and F&B companies. This initiative aims to help businesses explore and market their products in new potential countries, strengthening their competitiveness in the global market. The program introduced participants to how Artificial Intelligence (AI) can be leveraged to strengthen branding and marketing strategies. Participants reported positive outcomes from applying AI in their branding strategies, including greater brand visibility, more creative and consistent marketing campaigns, as well as time and cost savings in producing digital content. In particular, 10 selected companies successfully developed POC & personalised AI Avatar Videos, showcasing the potential of AI to elevate branding and customer engagement in the retail and F&B subsector.

MEPN conducted an industry engagement session with Potaglas Malaysia Sdn. Bhd. to address productivity challenges within the boiler operations landscape. The discussion centered on the company’s main concern regarding boiler efficiency. Potaglas highlighted that their boilers are currently operating on a semi-automated system and acknowledged the significant potential of adopting IoT and digitalization solutions to further enhance efficiency, monitoring, and operational reliability. The session underscored the importance of digital transformation in boiler operations, with Potaglas expressing strong agreement that IoT applications would play a crucial role in achieving higher productivity and sustainability outcomes. Attendees: 1) Potaglas Malaysia Team 2) En. Kiew Chia Meng (MITI) 3) Ir.Dr.Mohd Farid Bin Aladdin (MPC Associate) 4) En. Muhammad Idham Mohd. Zain (MPC) 5) En. Mustaza Mukhtar Che Razali (MPC) 6) Pn. Amalia Abd Razak (MPC)

AeroPN successfully hosted the program AI Enhances Productivity Through Dashboards to strengthen industry competitiveness through systematic management, technology adoption, and process innovation. Nearly 50 participants from key subsectors attended, reflecting strong commitment to advancing productivity transformation. The session demonstrated how AI-powered dashboards convert raw data into actionable insights, helping organizations detect inefficiencies, reduce waste, and forecast new opportunities. The program also highlighted the DIKAY framework (Data → Information → Knowledge → Action → Yield), emphasizing that true productivity comes not only from adopting tools but from integrating them into daily decision-making. Participants left with practical knowledge, deeper understanding, and renewed drive to embed digital solutions for greater productivity impact.

Bahagian Contract & Procurement (Vendor Development) Sarawak Energy Berhad telah berminat untuk mendapatkan penerangan dan kefahaman mengenai Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (MBEF) khususnya bagi inisiatif pembangunan vendor. Sesi libat urus ini telah berjaya memberikan penerangan bagaimana rangka kerja serta kriteria MBEF digunakan dalam modul program pembangunan vendor, penilaian syarikat vendor serta sebagai strategi meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat vendor di bawah program pembangunan vendor. Antara perkara yang dibincangkan adalah: 1. Pemahaman Rangka kerja dan Kriteria MBEF * MBEF sebagai rangka kerja menyeluruh untuk mengukur tahap keunggulan perniagaan. * Penekanan kepada dimensi kepimpinan, strategi, pengurusan sumber, inovasi, dan pengukuran impak prestasi. 2. MBEF dalam Program Pembangunan Vendor * Kriteria MBEF dapat dijadikan alat penilaian vendor secara sistematik dan berstruktur. * Membolehkan tanda aras vendor terhadap amalan terbaik industri. * Membantu vendor mengenal pasti jurang keupayaan dan peluang-peluang penambahbaikan. 3. Pengukuran Impak Inisiatif kepada Vendor * Menyokong daya saing dan daya usaha vendor dalam jangka masa panjang. * Menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keberkesanan operasi vendor. * Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan dikalangan vendor (continuous improvement). Sesi libat urus ini juga melihat bagaimana penggunaan MBEF bagi program pembangunan vendor Sarawak Energy berpotensi menjadi pemacu utama dalam: * Meningkatkan produktiviti dan daya saing vendor * Menyokong strategi Sarawak Energy untuk membangunkan ekosistem vendor yang berdaya saing, mampan, dan berprestasi tinggi. * Menyumbang kepada agenda produktiviti nasional selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, dengan fokus kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, inovasi, teknologi dan nilai tambah.

The promotion of Business Excellence (BE) remains at the core of PSIEA, as it provides organisations with a structured framework to improve performance, embrace innovation, and strengthen governance. Through BE, organisations are encouraged to adopt best practices that enhance competitiveness and create sustainable value for stakeholders. The PSIEA 2025 Award Ceremony is scheduled to take place on 3 October 2025 and will be graced by the presence of the Right Honourable Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier of Sarawak, who will officiate the event. This prestigious award ceremony is set to honour outstanding organisations and industry players who have demonstrated exceptional commitment to excellence, innovation, and productivity, further contributing to Sarawak’s aspiration of becoming a competitive and sustainable economy. #PSIEA2025 #DrivingProductivityoftheNation

Setelah persetujuan diperoleh, sesi validasi garis panduan bersepadu akan dilaksanakan bagi memuktamadkan garis panduan bersama agensi teknikal yang terlibat. Sasaran hasil daripada projek ini akan meningkatkan kecekapan pendaftaran klinik swasta di Sarawak dengan mengurangkan masa proses menunggu kelulusan seterusnya mempercepat pertumbuhan produktiviti Sarawak #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara

The program, led by Dr. Mohd Nazim bin Jambli, was designed to advance effective business practices and cultivate a culture of integrated productivity. It further aimed to accelerate industrial transformation through the adoption of AI and digital technologies, thereby enhancing business competitiveness, while equipping the workforce with essential skills to leverage technology effectively—driving innovation and strengthening operational efficiency. Through hands-on exposure to AI tools tailored to support the implementation of Proof of Concept (POC) projects, participants were able to explore practical applications, test solutions within their operational environments, and validate outcomes. These initiatives are expected to streamline processes, elevate productivity, and reinforce decision-making capabilities. Looking ahead, the AI for Productivity Transformation Program will continue for 3 more batches in September - October 2025, sustaining momentum to prepare more industries with the knowledge, skills, and technological readiness necessary to thrive in an increasingly competitive, digital-driven economy. #SarawakProductive #AIforProductivityTransformation

The AIxTourism Conference 2025 highlighted how AI is reshaping the tourism sector by driving productivity in marketing, customer service, operations, and sustainability. Through keynote addresses, panel discussions, AIxperience demos, and exhibitions, the event provided participants with practical insights, real-world tools, and collaborative opportunities to strengthen innovation and competitiveness in the visitor economy. It also connected policymakers, industry leaders, academics, and technology providers in exploring the future of AI-driven tourism. Organised by Tourism Productivity Nexus (TPN) and Malaysia Productivity Corporation (MPC) in collaboration with United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia and Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM), the way forward will focus on accelerating AI adoption with more hands-on workshops tailored to each industry’s specific needs and fostering cross-sector collaboration. These efforts will also emphasise sustainable and inclusive growth aligned with the SDGs, while engaging youth, startups, and digital innovators to co-create solutions. By building on these outcomes, Malaysia aims to position itself as a regional hub for AI-driven tourism productivity and innovation, ensuring long-term competitiveness and resilience for the sector. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

The session centered on aligning priorities for PINTAR 2025, particularly in strengthening implementation plans, coordinating resources, and ensuring clear direction towards achieving the programme’s productivity objectives. Moving forward, the project will progress to the next step, which is the Gemba Walk to the confirmed PINTAR companies and the presentation of preliminary reports based on the financial data provided by the respective participants. The session marked strong progress in driving PINTAR’s objectives and setting a clear pathway for the upcoming phase.

The discussion led by AeroPN Champion: Mr. Naguib Mohd Nor have updated to MPC management on efforts to localize the tool, die, and mold (TDM) industry by focusing on enhancing local manufacturing capabilities, which the initiative are primarily targeting the aerospace and medical device sectors Beside that, the discussion agreed to attract more potential financial assistance to support local industries, particularly in advancing tooling capabilities and manufacturing high-value, complex products, to promote productivity and competitiveness.

MEPN conducted an online briefing with LTI Resources Sdn. Bhd. as part of the ongoing Project Pintar initiatives. The session served to introduce the objectives and framework of Project Pintar, while engaging the company in discussions on potential productivity improvement strategies tailored to their operations. This engagement reflects MEPN’s commitment to fostering collaboration with industry players in driving productivity growth and operational excellence within the machinery and equipment (M&E) ecosystem

Satu perbincangan strategik telah diadakan antara MPC dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi menilai impak program AI Produktiviti yang sedang dilaksanakan dengan sokongan pemain industri. Sesi ini turut membuka ruang untuk meneroka inisiatif produktiviti lain yang boleh digerakkan bersama, sekali gus memperluas akses industri kepada teknologi serta panduan praktikal bagi mempercepat peningkatan produktiviti industri.

MPC and the Malaysia Internet-of-Things Association (MyIoTA) organised a webinar that showcased how IoT and AI are driving digital transformation and productivity, with a strong focus on empowering businesses to adopt innovative solutions. Speakers shared impactful use cases across facilities and building management, workplace safety, predictive maintenance, smart retail, smart factories, smart transportation, and safety solutions for logistics and emergency response. The session reinforced the role of collaboration between MPC, MyIoTA, and industry partners in accelerating Malaysia’s digital ecosystem and strengthening global competitiveness through IoT-driven innovation especially through Digital Platform Network+

Seminar Pelaksanaan Langkah-Langkah Kecekapan Tenaga di Premis Kerajaan pada 28 Julai 2025 di Hotel Sama-Sama, KLIA telah menghimpunkan perwakilan daripada semua kementerian dan agensi bagi memperkukuh pelaksanaan langkah kecekapan tenaga tanpa kos, selaras dengan arahan Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Antara outcome utama termasuk penyeragaman pelabelan Building Energy Intensity (BEI) bagi bangunan kerajaan sebagai asas penambahbaikan kecekapan tenaga, yang secara langsung menyumbang ke arah penurunan Energy Intensity (EI) negara dalam penarafan World Competitiveness Ranking (WCR). Seminar ini turut berperanan sebagai platform penjajaran strategik dasar ke arah sektor awam yang lebih mampan, cekap tenaga dan berdaya saing. #EEProductivity #GREENProductivity

The development of the Accessible Badge criteria under the Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification programme was further refined through TPN and Asia Pacific Network on Accessible Tourism (APNAT)’s engagement with M World Hotel. This collaboration helped ensure the standards are not only inclusive but also capable of driving productivity and service excellence in the tourism sector. M World Hotel, known for its exemplary accessible and inclusive hospitality practices, served as a key reference point. The team assessed how the draft criteria align with real-world implementation, focusing on infrastructure readiness, service efficiency, guest experience, and inclusivity. By grounding the Accessible Badge in actual best practices, this initiative ensures the final criteria are practical, relevant, and aligned with national productivity goals. It marks a significant step toward strengthening inclusive tourism while enhancing operational performance across the industry. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

The Machinery & Equipment Productivity Nexus (MEPN) successfully convened its Governing Committee (NGC) Meeting Bil. 2/2025, chaired by the newly appointed MEPN Champion, Mr. Tiong Khe Hock. The session brought together key stakeholders from the public and private sectors, including representatives from MIDF, MATRADE, MIDA, SIRIM, and SEDA. The meeting began with the presentation of the MEPN Strategic Framework by Mr. Tiong, providing an overarching view of the Nexus’ direction. This was followed by progress updates from the Working Group (WG) leaders, each outlining focused initiatives for 2025. WG1, focused on upskilling the SME workforce, presented its planned tracks on digitalisation, AI readiness, productivity, and the OPERI assessment tool. WG2, which is already in progress, reported on Project PINTAR, the upcoming IPS (Industry Productivity Specialist) Training, and nationwide outreach efforts. WG3 shared plans for targeted interventions under PINTAR to enable digital and ESG readiness among SMEs. Meanwhile, WG4 updated on its ongoing efforts, including the Global Supply Chain Excellence initiative, Risk to Resilience Workshops, THINK: M&E platform, and the Strategic Productivity Roadmap. In addition to strategic discussions and project updates, the committee also welcomed several new members, further enriching the diversity and depth of expertise within the Nexus. The meeting was marked by strong support and constructive feedback, with members expressing optimism about the progress made and showing clear enthusiasm to enhance coordination and collaboration among all stakeholders. The positive tone and forward-looking momentum reaffirmed MEPN’s role as a national platform to drive productivity transformation across the Machinery & Equipment sector.