Sesi Perbincangan Industry Continuous Professional Development (ICPD)
MPC Sarawak sekali lagi dijemput untuk turut serta dalam program Industry Continuous Professional Development (ICPD) anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD). Program ICPD kali ini bertujuan untuk memperkasa pembangunan kemahiran industri dalam kalangan usahawan dan tenaga kerja tempatan, khususnya dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Occupational Safety and Health - OSH).
Program ICPD pertama bagi tahun 2025 akan diadakan di Bintulu pada 6 Mac 2025, dan akan dirasmikan oleh Menteri MEITD, YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Dalam program ini, peserta akan didedahkan kepada aspek kritikal OSH yang diperlukan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) bagi memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan serta peningkatan tahap kecekapan tenaga kerja. Akta OSHA 2022, Seksyen 29A mewajibkan semua perniagaan yang mempunyai lima (5) atau lebih pekerja di satu premis untuk melantik seorang pekerja yang terlatih sebagai OSH Coordinator. Kehadiran OSH Coordinator yang kompeten akan memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan meningkatkan kesedaran pekerja mengenai amalan keselamatan yang baik. MEITD turut memainkan peranan penting dengan menyediakan tajaan bagi pembayaran pembangunan kemahiran OSH ini dalam usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.
Selain di Bintulu, sesi ICPD ini juga akan diadakan di Sibu dan Kuching, dengan penyertaan yang dihadkan kepada 50 peserta bagi setiap lokasi. Langkah ini bertujuan untuk memastikan sesi latihan lebih efektif dan interaktif. MPC akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja, melalui program Academy in Industry (ADI) bagi membantu industri menyediakan latihan berasaskan pekerjaan yang lebih sistematik dan relevan dengan keperluan semasa. Di samping itu, penilaian kendiri syarikat SME melalui ez-BE turut diperkenalkan bagi membolehkan syarikat menilai tahap kecemerlangan perniagaan mereka serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara proaktif.
Program ini dijangka memberikan impak yang signifikan kepada para peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta memperkukuh daya saing industri melalui peningkatan kecekapan tenaga kerja. Ini sejajar dengan matlamat Sarawak untuk mencapai 30 peratus atau 500,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030 dan menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan.
#SKOProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
Quick Share Links

Sesi Bengkel Produktiviti: Step by Step Daftar Produk Tradisional telah diadakan bersama syarikat MH Saujana dan Nusantara Gamat. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada syarikat mengenai proses pendaftaran produk tradisional secara lebih sistematik serta selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Hasil bengkel menunjukkan usahawan berjaya memahami langkah-langkah penting dalam proses pendaftaran, termasuk penyediaan dokumen sokongan dan standard keselamatan produk. Usahawan turut berkongsi cabaran yang dihadapi, dan melalui sesi interaktif, beberapa penyelesaian praktikal telah dikenal pasti. Pendedahan ini memberi keyakinan untuk mempercepatkan proses kelulusan produk di pasaran. Sebagai way forward, PPN akan membantu syarikat MH Saujana melalui projek perintis (pilot project) untuk menangani isu pendaftaran produk dalam sistem NPRA. Produk tersebut sebelum ini gagal didaftarkan kerana masalah bahan mentah (raw material). Dengan sokongan teknikal dan pemantauan khusus, inisiatif ini diharap dapat mengatasi halangan tersebut serta meningkatkan produktiviti dan peluang pasaran syarikat.

The A.I. for Productivity Transformation program, in collaboration with PointStar and Google Cloud, has successfully enabled 15 companies to develop proof of concepts (POCs) by adopting AI-powered tools to automate processes, optimize workflows, and boost operational efficiency. To date, MPC has guided more than 150 companies in adopting AI through Gemini and AppSheet, resulting in leaner operations and measurable productivity gains. This milestone reflects the transformative role of AI in accelerating digitalization and strengthening the competitiveness of Malaysian enterprises in the digital economy. #MPC #AIProduktiviti #MPCProductive #Drivingproductivityofthenation

MEPN successfully conducted the Industry Productivity Specialist (IPS) Masterclass: Driving Growth, Profitability & Productivity brought together selected Nexus experts to be developed as Industry Productivity Specialists (IPS) in Cohort-2, aimed at strengthening and up-scaling the PINTAR programme. Participants underwent thorough training on data-driven productivity analysis covering four key areas – growth, profitability, productivity, and returns – complemented with hands-on exercises using the PINTAR tool. Through this initiative, IPS are expected to support industry in identifying opportunities, addressing root causes of low productivity, and driving long-term business competitiveness in line with the New Industrial Master Plan (NIMP 2030) and the 13th Malaysia Plan (RMK-13).

Program ini telah memfokuskan kepada penggunaan chatbot pintar dalam operasi syarikat, khususnya bagi perkhidmatan pelanggan (Customer Services). Seramai 30 peserta telah menyertai sesi ini dari pelbagai bidang pembuatan dan perkhidmatan. Antara syarikat yang terlibat ialah Zaqra Engineering Sdn. Bhd., sebuah syarikat kejuruteraan yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal kepada sektor industri, yang berdepan cabaran menerima pertanyaan pelanggan melalui pelbagai saluran komunikasi seperti WhatsApp, Instagram, dan Facebook. Melalui sesi ini, syarikat dapat memperkemas pengurusan interaksi pelanggan dan mengumpulkan maklumat pelanggan dengan lebih sistematik, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan. Impak daripada program ini dapat dilihat melalui penjimatan kos tenaga kerja, pengurangan masa respons, serta penciptaan nilai tambahan dalam operasi. Dianggarkan syarikat-syarikat yang menyertai berupaya menjimatkan sekitar RM120,000 setahun hasil daripada pengurangan kebergantungan kepada kerja manual, peningkatan kecekapan operasi, dan keberkesanan dalam pengurusan data pelanggan. Kejayaan ini membuktikan bahawa penerapan teknologi AI bukan sahaja memperbaiki proses sedia ada malah mendorong pertumbuhan daya saing dan peningkatan produktiviti.

Malaysia Productivity Corporation (MPC) through Logistics Productivity Nexus (LPN), held its third Nexus Governing Committee (NGC) meeting hosted by MPC Kuala Lumpur and chaired by YBhg. Dato' Seri (Dr.) Michael Tio, Champion of LPN. The session brought together key committee members including representatives from the public and private sectors, industry associations and academia to discuss strategic initiatives, updates on current and upcoming logistics projects that aimed at enhancing productivity in the logistics sector. A total of three presentations and discussions were conducted covering the following topics: * “Railway Optimization Initiative” by Karl Gooderis, Chief Executive Officer, EUROCHAM Malaysia * “MRI3 in Logistics: Malaysia Logistics Consortium (MLC)” by YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Nurul Haqimin Mohd Salleh, Deputy Director (Industry Network), Universiti Malaysia * “Green Initiatives for Malaysia Logistics Ecosystem” by Mohd Yazid Abdul Majid, MPC Moving forward, LPN remains committed to prioritizing the successful execution of these initiatives, reaffirming its dedication to accelerating productivity growth in the logistics industry.

Tarikh: 26 September 2025 Masa: 3.00 petang Tempat: MYDIN USJ Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, dengan fokus kepada penerokaan kerjasama strategik antara RFBPN dan MYDIN. Sesi ini menekankan usaha memperkasa usahawan peruncitan melalui penerapan teknologi digital, selaras dengan objektif meningkatkan produktiviti serta daya saing industri. Antara inisiatif utama yang dibincangkan adalah Program AI Produktiviti yang berfungsi sebagai platform untuk membantu subsektor peruncitan beralih kepada operasi pintar dengan memanfaatkan teknologi AI dalam meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan sumber. Sebagai langkah susulan, RFBPN dan MYDIN telah bersetuju untuk memberi tumpuan khas kepada tiga bahagian pengurusan utama MYDIN dalam pelaksanaan inisiatif AI. Pendekatan ini akan memastikan integrasi teknologi dapat dijalankan secara menyeluruh, diurus dengan lebih sistematik, serta dipantau secara berterusan. Melalui fokus yang lebih terarah ini, transformasi operasi dijangka dapat dipercepatkan, pengurusan sumber diperkasakan, dan impak produktiviti yang ketara dapat dicapai oleh organisasi.

Program Advokasi Berskala Besar & Pelarasan Pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Peringkat Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada 25 September 2025. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman kakitangan perkhidmatan awam negeri terhadap agenda kerajaan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui program RKB seterusnya memperluas pelaksanaannya di negeri Kelantan. Program kolaborasi strategik antara MPC dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini telah menghimpunkan seramai 100 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Pihak Berkuasa Tempatan, serta bahagian-bahagian di Pejabat SUK. Penyertaan yang menyeluruh ini membuktikan komitmen bersama untuk melaksanakan RKB secara lebih sistematik dan inklusif. Dalam ucapan amanat YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan, Dato’ Ab Pattah Hasbullah yang juga merangkap Ketua Pegawai Reformasi (CRO) negeri, beliau menyambut baik pelaksanaan program RKB dan menekankan peri pentingnya usaha bersepadu untuk mempercepat reformasi pentadbiran dan meningkatkan daya saing negeri. Seterusnya, pihak MPC telah menyampaikan taklimat berfokus kepada Pelaksanaan RKB Bagi Memacu Pertumbuhan Produktiviti serta Aplikasi Generative AI dalam Projek RKB, sebagai langkah memperkasa penggunaan teknologi baharu dalam pengurusan perubahan. Sebagai output program ini, beberapa cadangan projek baharu RKB telah berjaya dirangka dengan bantuan teknologi AI. Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan pemahaman peserta terhadap konsep pelaksanaan RKB, tetapi juga meningkatkan kompetensi mereka dalam mengaplikasikan AI untuk mempercepatkan proses inovasi pentadbiran. Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan komitmennya untuk memperluas pelaksanaan RKB ke seluruh jabatan dan agensi negeri. Usaha ini diharap dapat menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan, memudahkan urusan perniagaan dan rakyat, serta menyokong agenda memacu pertumbuhan produktiviti negeri secara mampan.

MEPN, through Working Group 4, successfully held the third session of the Risk to Resilience Workshop Series in Kuala Lumpur, in collaboration with the Machinery & Engineering Industries Federation (MEIF). The full-day programme brought together SMEs from the M&E sector to explore practical approaches in building resilience and productivity, with a focus on risk and business continuity planning, sustainability-driven financing, and digital transformation through ERP, MES, and PLM. Participants will continue to receive six weeks of post-workshop support, including preferential access to the THINK: M+E Programme and practical tools such as the Risk & Resilience Canvas and industry playbooks—reinforcing MEPN’s commitment to enhancing productivity and strengthening the sector’s long-term competitiveness.